Saturday, June 12, 2010

GERAM!

aKU TAK rASA wAJAR bgku utk memulakan blogku kali ni dgn salam atau sebagainya sebab aku benar2 geram kali ni!! mungkin sekali kata2ku kali ni agak melampau dan keterlaluan..tp percaaya lah ni hanyalah luahan rasaku..kwn2 tlg maafkan aku kali ni....dan aq tak mengharapkn korang baca sesi ni

aku geram bila makwe aku sendiri tidak percaya pdku..B**oh, S*al, b*b*..aku tahu lah dia dah masuk matrikulasi..dan aku rasa jauh sakali utk ktorg jumpa lg selepas ni sebab kau kat N9 dan aku mngkin kat sg petani atau mungkin g jepun(tak decide lg)..tp tak perlu la buat aku  mcm ni..aku rasa benar2 TerCABAR dgn perilalu kau kpd aku..ko benar2 ja**ng K**A!!

tak pernah akU kena dipermalukan mcm ni..dan bila aku telefon ko, berani ko permainkan aku..ko mmg s**l!

ko terlalu cemburu secara membabi buta! dan sebab tindakan ko menyebabkan aq tak boleh lelapkn mata..ko juga membuatkan aq semakin kurang kepercayaan terhadap peremPuan..sebab ko, Perempuan Sun**L!!YA SEBAB KO!..

PERCAYA LAH...NO MORE CALL FROM ME AND RLLY DONT WANNA CU ANYMORE!!UR ROOMATE, MATRX N U CAN GO TO THE HELL, B**CH!!

ko BOLEH pergi MAMPUS! dan jGN bAJET HOT lA..AKU SUKA KAU PUN SEBAB perangai ko sebelum ni..dan skrg aq tahu perangai ko tak ubah seperti anjing kurang di tepi jalanan!

p/s: kalau ko baca aq harap ko sedar dan saat ni kita sudah clash...Dan ko boleh lah BERGAYUT DGN ABE ko tu dan cari laki2 lain yg boleh ko permainkan perasaan dia

Wednesday, March 31, 2010

tinggallah teman berserta memori kita dahulu..

terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah temanku ini...

saat pertama kali aku mendapat perkhabaran bahawa temanku sewaktu di tingkat1 dulu meninggal, hatiku telah terdetik sedih dan pilu..aku terasa seolah-olah ajal semakin menghampiriku...menghambat jiwa batinku yg penuh dosa dan noda...

memang hakikat dunia, kita tidak akn tahu apa yg akn berlaku kepada kita walaupun sedetik cuma...kita hanya boleh berharap tiap2 detik kita berlalu dgn baik,lancar dan sempurna..

aku tidak pernah menjangka bahawa kau yg pernah menjadi temanku walaupun tidak begitu akrab akn pergi meninggalkan aku dahulu...sesungguhnya kalau mengikut akal yg sihat hidupmu masih pjg utk diisi dgn pelbagai memori indah dan pengalaman yg pahit sebagai panduan hidup..


TAPI..mungkin ini lah yg terbaik buatmu wahai sahabat...walaupun aku tidak sempat menemuimu utk menemani disaat2 akhir sisa kehidupanmu di dunia yg penuh fana ini..namun aku harap seuntai ayat2 suci al-fatihah dariku buatmu dpt meringankan beban azabmu di sana kelak...kekallah kau SHAIK bersemadi dgn tenang disana...~insya-Allah~ amin~


iklas dari temanmu yg mengigati kematian, ~ayie~

Sunday, March 21, 2010

family and my life

Assalamualaikum semua, hari ni aku rasa nak kongsi pasal kehidupan berkeluarga. pernah tak korang semua terfikir apa peranan korang yg sebenarnya dlm sebuah institusi kekeluargaan! sebenarnya aku pun dulu tak lah fikir sgt pasal hal ni, yg aku tahu I as a son and as well as a student aku perlu blajo bersungguh-sungguh utk menjadi cth yg terbaik utk adk2 jd aku pun blajo la smpi nak pecah kepala coz tak nak hampakan parent aku.pasal duit aku tak kisah sgt coz as long as I do well in my study, they'll nevermind to spend on me!

tapi yalah, mungkin sebab aku ni anak sulung naluri aku menegah aku utk menyusahkan parent agar memenuhi kehendak aku.sejak aku darjah 6 lg aku dah berazam utk g blajo di asrama coz tak nak susahkan mak bapak aku. bila aku ting 3 mak aku dah rancang suruh aku ambil lesen lepas je habis SPM. mula tu aku ingat baik aku kerja dulu boleh la aku bayar duit lesen sendiri, tp umi aku kata dia yg akn sponsor..jd aku fikir tu dah cukup baik!lgpun umi aku kata dia takkan bg harta kpd anak2nya bila kitaorg  dia hanya akn bg ilmu pengetahuan sahaja..jd mungkin ini yg dia maksudkan dgn cara dia memberikan ilmu

korang tahu tak time aku ambil lesen aku berasa berdebar padahal bukan duit aku yg keluar pun!sumpah sesen pun tak! lgpn umi aku takkan marah kalau aku gagal sekali pun..sebenarnya sebab aku berdebar adalah kerana aku kesian dgn parent aku yg telah byk berkorban utk aku jika dibandingkan dgn pengorbanan yg telah aku berikan utk mereka..sebab tu aku bertekad utk lulus dgn sekali ujian je..tapi mmg adat dunia org takkan mengerti keadaan kita..mereka hanya tahu bertepuk sorak sekiranya kita gagal dan mencaci dan mencela sekiranya kita berjaya..itulah adat dunia..apabila kita berjaya melakukan sesuatu mereka akn mencari keburukan kita kerana mereka tidak suka melihat perubahan yg positif kpd org lain..

macam aku, bila aku berjaya mendapat lesen ada sesetengah kelompok manusia dengki akn mula besuara "bolehlah kau berjaya lulus ambil lesen sebab parent kau yg taja, tak matang la guna duit mak bapak..guna duit sendiri baru lah matang!"dan bla..bla..bla...itulah ungkapan jelik yg biasa aku akn dgr.. yg paling aku benci bila org kata aku ank manja sebab tak berdikari cari utk dpt lesen..hey c'mon man! umur kita baru berapa? bukan layaknya utk kita mencari duit sendiri semata-mata utk urusan kecil ni!sekali pun aku berkerja aku akn guna duit itu utk bayar duit masuk universiti nnt dan aku lebih prefer melaburkan duit aku dlm saham dan bon!..itu di namakan matang, berwawasan dan berdikari!

org boleh kata apa pun selagi mereka tidak rasa apa yg kita rasa!..bagi aku bekerja pada umur aku skr ni hanyalah sekadar memenuhi masa terluang, menimba pengalaman dan kemahiran softskill dan pastinya utk mendapatkan wang utk membeli apa yg aku inginkan tanpa bergantung pada org tuaku.

aku sedar, aku adalah aku!aku ada ibubapa yg perlu aku gembirakan walaupun aku terpaksa sengsara utk itu..aku akan menjadi seorang anak yg akn sentiasa mencari jln mengubah nasib keluargaku agar menjadi lebih baik dan selesa..sebab aku ank sulung yg menjadi tongkat kepada org tuaku dan penyuluh jln utk adk2ku yg tercinta 

Tuesday, March 16, 2010

SaHam

hye, pernah tak kaMu semua terTanya-tanya apa yg kaMu ingin lakukan. Aku  ingin sgt menceburkan diri dlm bidang pelaburan saham.. tapi aku tak tahu drpd siapa  dan apa sumber yg patut aku rujuk.. aku dapat rasakan pelaburan saham mampu mengandakan wang aku sedia ada!

sekarang ni aku tgh berjinak2 dgn simpanan koperasi tentera! tahu kenapa?? sebab setelah aku congak, sekiranya aku melaburkan RM 100 sebulan sebagai yuran utk setiap tahun secara konsisten, aku mampu mendapat dividen pada akhir tahun  tidak kurang drp RM 700!dan jumalah dividen aku akn terus meningkat kerana jumlah simpanan akan dikira sebagai yuran dan dividen dikara utk taun depan..dan dividen ini mampu menjangkau sebanyak 13%..bukan itu sahaja, 5% drpd jumlah simpanan akan diberi sebagai dividen. 

Sunday, March 14, 2010

3 DALAM 1

Hye semua,apa KhaBO??

hari ni aku aku teruja sgt!tahun ni merupakan tahun paling gempak dalam hidupku.

nak tahu kenapa tak??
sebabnya.....jeng2!!
ini kronologinya...
1. aku lulus memandu kereta dengan sekali ujian sahaja
2. mendapat result SPM yg melayakkan aku masuk ke UITM dalam bidang pentadbiran awam (walaupun tak sure lg dpt ke tak) tapi INSYA-ALLAH dapat la tu.
3. merangkap hari ni, aku berjaya lulus mendapatkan lesen motorsikal dgn sekali ujian gak( angan2 nak beli rxz)pakai duit sendiri la gamaknya..hahaha

aku naik mual la ramai sgt asyik tanyaku berapa keputusan SPMku..dgn berbesar hati aku sertakan juga result aku yg tak seberapa ni..

BAHASA IBUNDA                          A 
BAHASA ORG PUTIH                    A-
AGAMAKU                                      A+
SEJARAH                                       A+
SUBJEK KIRA2 MODEN              A
 SUBJEK KIRA2 TAMBAHAN      A
PRINSIP PERAKAUNAN              A
KIMIA                                                A-
FIZIK                                                 A-
BIOLOGI                                          B+

EH,, mana sesat B+ ni..dari Marikh ke??haha.. well nak wat mcm mana jiwaku bukan dilahirkan utk bio..i'm so sorry teachers, i've done my best but only that i'm afford for..but thanks for everything i'll never forget  all of u!..

p/s: KAK ISHA jgn sedih sgt nanti jd kurus tak comel lg..hahaha.. jgn mare ya kakku tersayang!

Saturday, March 13, 2010

Dilema Menara Gading

hye semua,
rasanya agak lama juga aku tidak blogging.. setelah keputusan kini aku jadi dilema pula. apakah patut aku meneruskan perancanganku dari akauntan menjadi usahawan dan seterusnya ahli politik..atau berterus sahaja usahawan..
kini aku terus dihambat rasa tidak menentu. aku telah nampak peluang menjadi akauntan dlm masa singkat dgn memasuki program trekpantas. Semamangnya itulah yg telah aku impikan sejak tingkatan 4 lg.Tapi aku dilema perlukah aku memilih menjad akauntan atau aku perlu membuat pembaharuan perancanganku itu dengan mengambil bidang pentadbiran awam.
terasa membuat keputusan ini menyesakkan dadaku.apakah membuat keputusan ini merupakan setapak kearah kedewasaan..
"Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk memilih pilhan kerjaya yg terbaik utkku.

Thursday, March 11, 2010

INI TAKDIRKU

Setelah 5 tahun aku bertapak di MRSM Terendak, kini terjawab sudah keputusan SPMku..la tidaklah begitu gah utk ditayangkan kpd org ramai, tapi cukuplah mengembirakan kedua org tuaku dan mencakupi syarat kelayakan memasuki menara gading.

bukanlah niatku utk berbangga, tetapi sekurang2nya aku berasa sgt puas kerana dpt membalas jasa guru-guruku selama ini walaupun aku agak terkilan kerana tidak dapat membalas jasa guru bioku. aku telah cuba sedaya upaya dan aku terpaksa akur dgn mendapat B+ sahaja.

aku bertekad utk tidak melanjutkan pelajaranku dlm bidang sains. aku bertekad utk melanjutkan pelajaran bidang pertadbiran awam atau akautan. coz I wannabe successful entrepreneur! 

Sunday, February 28, 2010

perkahwinan satu langkah kepada gerbang kebahagiaan

dear blog,
hari ni aku menghadiri 1 majlis walimatul urus. sungguh gemilang dan gah. lalu aku terfikir apakah perkahwinan itu benar2 menjanjikan kebahagiaan kepada seseorang?.Mungkin ya mungkin tidak, tapi aku mmg belum bersedia utk mengecapi saat itu, dan aku tetap dgn pendirianku utk tidak akn berkahwin selagi umurku belum mencecah 30 tahun kerana aku ingin mengukuhkan status ekonomiku dan aku ingin menumpukan kasih sayangku kepada kedua ibu bapaku..jika aku sudah berkahwin nanti pastinya aku terpaksa membahagikan kasih sayangku kepada dua..

Saturday, February 27, 2010

salah siapa sebenarnya..

aku ingin berkongsi kisah hidup hamba Allah ini untuk dijadikan renungan bersama..
cerita ini berkisar di suatu kawasan padang pasir yang dihuni seorang hamba Allah..
kelihatan seorang lelaki berjalan terumbang-ambing ditengah-tengah padang pasir dengan pakaian yg compang-caping, rambutnya kusut-masai, mukanya penuh dengan bulu-bulu yg kian memanjang kerana tidak dapat diuruskan dengam sempurna. dahulu nasibnya bukanlah begitu, dia pernah bekerja sebagai ahli perniagaan. dia seorg yg kaya-raya, terkenal, dikelilingi wanita-wanita yg cantik lagi mengiurkan, dipuja dan disanjung oleh orang ramai disebabkan kepandaiannya menguruskan perniagaan sehingga maju dan mashur seantero dunia. segala keinginan nafsu duniawinya dapat dipenuhi tanpa dolak dalih. 

imbau kembali zaman kecilnya..
dia dibesarkan oleh sepasang petani yg hidup dalam keadaan penuh daif lagi buta huruf. tidak pernah kenal erti pembaziran hatta sebutir nasi yang jatuh dan terkeluar daripada mangkuk buruknya akan diangakat semula utk mengisi tuntutan perut yg kosong. petani ini sering berpesan kepada anaknya utk mencari kekayaan harta benda dengan apa cara sekali pun kerana bagi dirinya kemiskinan hanyalah membawa kepada kehinaan dan caci cela orang semata-mata pelajaran amat lah diutamakan kepada anak2nya.bahkan sanggup berlapar berhari2 semata-mata ingin menyekolahkan anak2nya. pelbagai ilmu diberikan tidak kira lah dari ilmu pertukangan, perniagaan sehinggalah kepada perincian keperibadian diri. namun hanya ilmu agama sahaja yg tidak dikhususkan kepada si anak. petani berfikir bahawa ilmu agama hanyalah ilmu yg membawa kepada kemunduran yg bersifat jumud dan merugikan kepada si pengamal. maka bermula la detik kehidupan si anak petani!

setelah 10 tahun berlalu, si anak petani telah berjaya dan disanjung. namun sifatnya kian berubah, dari seorang yg bertimbang rasa kepada tamak haloba, kedekut dan bongkak. sentiasa memadang hina kepada orang miskin dan mengangap mereka tidak berguna bahkan mencaci mereka secara terang-terangan. dia percaya kejayaannya sekarang disebabkan kepintaran dan kerajinannya bukan disababkan org lain atau 1 kuasa yg yg lebih besar daripadanya kerana dia berfikiran ateis.

namun, disangkakan panas hinggakan petang rupa- rupanya hujan ditengah hari. syarikatnya mengalami kerugian yang besar akibat kejatuhan ekonomi. tambah memburukkan lagi keadaan, pada satu malam rumahnya telah dirompak. dia mengalami kerugian berjatu-juta dan mengalami kecederaan dimata akibat pengelutannya dengan penyamun-penyamun itu. bagai sudah jatuh ditimpa tangga, dia hilang sebelah penglihatannya. maka bermulalah episod kehidupannya yang perit.

sejak peristiwa hitam itu, dia mula berfikir hikmah disebalik nasibnya itu. dia mula mencari-cari guru  yg boleh membimbingnya utk mencari pencipta.. namun nasibnya sungguh malang, dirompak dipertengahan jalan. habis harta ygt ada padanya.. yang tggl hanya lah pakaian yg dipakainya.. dia terus berjalan meredah padang pasir tanpa hala tuju sambil menyalahkan pencipta yg menjadikan nasibnya bertambah buruk...

dan persoalannya sekarang..siapakah yang bersalah sebenarnya?? adakah si petani yg terlalu taksub utk menjadikan anknya seorang yg kaya atau si anak yg lupa kepada penciptanya atau tuhan yg sentiasa menguji si anak tanpa henti2??

Friday, February 26, 2010

detik yang mencemaskan dan mendebarkan

assalamualaikum..
apa khabar semua..aku sekadar ingin berkongsi detik yg mencemaskan yg pernah aku alami sepanjang 18 tahun  perjalanan hidupku ini. 18 tahun bukan lah satu tempoh yg singkat utk dibicarakan, pelbagai pengalaman pahit,manis, suka dan duka yang terpaksa diharungi..sepanjang 18 taun juga pelbagai pengalaman dapatku timba..
buli antara pengalaman yg menarik yg ingin sekali aku berkongsi bersama-sama kalian semua. membuli dan dibuli adalah dua perbuatan yg pernah menerjah dalam kamus kehidupanku. tapi aku lebih suka menganggap buli sebagai satu cara pengajaran yang primatif tapi berkesan dan efektif. aku pernah disuruh oleh senior melakukan perkara tertentu seperti basuh baju, beli barang, cari org, dan pelbagai lagi..tapi aku pasrah kerana aku tahu perkara itulah nanti yg akn mengajar aku utk lebih berdikari dan matang..serasa aku,sepanjang menjadi junior perkara yg mendebarkan ialah tika terserempak dengan senior..terutamanya senior yg garang dan suka membuli.tapi itu sewaktu menjadi junior, bila aku menjadi senior aku pula yg terikut jejak seniorku yg jahil tu,, tapi mujur perbuatanku sekadar sewaktu form 4 sahaja tidaklah terbawa ke form 5. mungkin sekali disebabkan baru pertama kali merasa nikmat mendapat kuasa..haha..
seterusnya,perkara yg mendebarkanku ialah di saat menduduki ujian memandu yg aku jalani pada 23/2.rasa nak tergelak apabila terfikir saat2 nak ambil ujian.paling cuak sewaktu test naik bukit..takut sangat tak sampai garis yg ditetapkan..Alhamdulilah..sesungguhnya Allah tu maha agung dan maha mendengar rintihan hambanya..dengan berbekalkan basmalah dan kecekalan aku menekan pedal minyak dengan berhati-hati utk smpi dlm garis yg ditetapkan...mujur enjin tak mati..kalau tak malu juga,sbb tu ujian yg pertama sekali..haha.apa2 pun aku tetap masih cuak sebabnya ada ujian motor pula15/3 nie..tapi sekurang-kurangnya tak lah aku mengigau tekan minyak kereta lagi..

sekarang aku berdebar menanti keputusan SPM pula yg khabarnya bakal diumumkan pada 11/3 ataupun 16/3 ni..perasaan ni benar-benar merimaskan aku, tapi yg peliknya selera makan tak mati pula tapi bertambah pula..pelik betul la..
konklusi,
sebenarnya apa yg menyebabkan seseorg itu berdebar dan cemas?? pada pengamatanku seseorg akn cemas dan berdebar hanya bila perkara itu benar2 penting buat diri mereka, tidak kiralah hal ini melibatkan maruah,ego,kewangan ataupun keselamatan..masing2  mempunyai sebab dan alasan mereka tersendiri. hanya org yg tidak waras saje yg tidak akn rasa cemas, kerna sebahagian fungsi otak mereka tidak dapat menganalisi perasan tersebut..cemas dan berdebar sebenarnya elok, teringat bekas mak homeroom aku,puan Shalina berkata, perasaan berdebar akan mendorong seseorg melakukan perkejaan mereka lebih baik daripada yg sediaada.. tetapi tekanan yg melampau boleh merosakkan kewarasan seseorg!