Saturday, February 27, 2010

salah siapa sebenarnya..

aku ingin berkongsi kisah hidup hamba Allah ini untuk dijadikan renungan bersama..
cerita ini berkisar di suatu kawasan padang pasir yang dihuni seorang hamba Allah..
kelihatan seorang lelaki berjalan terumbang-ambing ditengah-tengah padang pasir dengan pakaian yg compang-caping, rambutnya kusut-masai, mukanya penuh dengan bulu-bulu yg kian memanjang kerana tidak dapat diuruskan dengam sempurna. dahulu nasibnya bukanlah begitu, dia pernah bekerja sebagai ahli perniagaan. dia seorg yg kaya-raya, terkenal, dikelilingi wanita-wanita yg cantik lagi mengiurkan, dipuja dan disanjung oleh orang ramai disebabkan kepandaiannya menguruskan perniagaan sehingga maju dan mashur seantero dunia. segala keinginan nafsu duniawinya dapat dipenuhi tanpa dolak dalih. 

imbau kembali zaman kecilnya..
dia dibesarkan oleh sepasang petani yg hidup dalam keadaan penuh daif lagi buta huruf. tidak pernah kenal erti pembaziran hatta sebutir nasi yang jatuh dan terkeluar daripada mangkuk buruknya akan diangakat semula utk mengisi tuntutan perut yg kosong. petani ini sering berpesan kepada anaknya utk mencari kekayaan harta benda dengan apa cara sekali pun kerana bagi dirinya kemiskinan hanyalah membawa kepada kehinaan dan caci cela orang semata-mata pelajaran amat lah diutamakan kepada anak2nya.bahkan sanggup berlapar berhari2 semata-mata ingin menyekolahkan anak2nya. pelbagai ilmu diberikan tidak kira lah dari ilmu pertukangan, perniagaan sehinggalah kepada perincian keperibadian diri. namun hanya ilmu agama sahaja yg tidak dikhususkan kepada si anak. petani berfikir bahawa ilmu agama hanyalah ilmu yg membawa kepada kemunduran yg bersifat jumud dan merugikan kepada si pengamal. maka bermula la detik kehidupan si anak petani!

setelah 10 tahun berlalu, si anak petani telah berjaya dan disanjung. namun sifatnya kian berubah, dari seorang yg bertimbang rasa kepada tamak haloba, kedekut dan bongkak. sentiasa memadang hina kepada orang miskin dan mengangap mereka tidak berguna bahkan mencaci mereka secara terang-terangan. dia percaya kejayaannya sekarang disebabkan kepintaran dan kerajinannya bukan disababkan org lain atau 1 kuasa yg yg lebih besar daripadanya kerana dia berfikiran ateis.

namun, disangkakan panas hinggakan petang rupa- rupanya hujan ditengah hari. syarikatnya mengalami kerugian yang besar akibat kejatuhan ekonomi. tambah memburukkan lagi keadaan, pada satu malam rumahnya telah dirompak. dia mengalami kerugian berjatu-juta dan mengalami kecederaan dimata akibat pengelutannya dengan penyamun-penyamun itu. bagai sudah jatuh ditimpa tangga, dia hilang sebelah penglihatannya. maka bermulalah episod kehidupannya yang perit.

sejak peristiwa hitam itu, dia mula berfikir hikmah disebalik nasibnya itu. dia mula mencari-cari guru  yg boleh membimbingnya utk mencari pencipta.. namun nasibnya sungguh malang, dirompak dipertengahan jalan. habis harta ygt ada padanya.. yang tggl hanya lah pakaian yg dipakainya.. dia terus berjalan meredah padang pasir tanpa hala tuju sambil menyalahkan pencipta yg menjadikan nasibnya bertambah buruk...

dan persoalannya sekarang..siapakah yang bersalah sebenarnya?? adakah si petani yg terlalu taksub utk menjadikan anknya seorang yg kaya atau si anak yg lupa kepada penciptanya atau tuhan yg sentiasa menguji si anak tanpa henti2??

1 comment:

  1. tanpa ilmu agama di dada, seseorg itu mampu utk berjalan tetapi traba-raba di dlm kegelapan..

    ReplyDelete