Friday, February 26, 2010

detik yang mencemaskan dan mendebarkan

assalamualaikum..
apa khabar semua..aku sekadar ingin berkongsi detik yg mencemaskan yg pernah aku alami sepanjang 18 tahun  perjalanan hidupku ini. 18 tahun bukan lah satu tempoh yg singkat utk dibicarakan, pelbagai pengalaman pahit,manis, suka dan duka yang terpaksa diharungi..sepanjang 18 taun juga pelbagai pengalaman dapatku timba..
buli antara pengalaman yg menarik yg ingin sekali aku berkongsi bersama-sama kalian semua. membuli dan dibuli adalah dua perbuatan yg pernah menerjah dalam kamus kehidupanku. tapi aku lebih suka menganggap buli sebagai satu cara pengajaran yang primatif tapi berkesan dan efektif. aku pernah disuruh oleh senior melakukan perkara tertentu seperti basuh baju, beli barang, cari org, dan pelbagai lagi..tapi aku pasrah kerana aku tahu perkara itulah nanti yg akn mengajar aku utk lebih berdikari dan matang..serasa aku,sepanjang menjadi junior perkara yg mendebarkan ialah tika terserempak dengan senior..terutamanya senior yg garang dan suka membuli.tapi itu sewaktu menjadi junior, bila aku menjadi senior aku pula yg terikut jejak seniorku yg jahil tu,, tapi mujur perbuatanku sekadar sewaktu form 4 sahaja tidaklah terbawa ke form 5. mungkin sekali disebabkan baru pertama kali merasa nikmat mendapat kuasa..haha..
seterusnya,perkara yg mendebarkanku ialah di saat menduduki ujian memandu yg aku jalani pada 23/2.rasa nak tergelak apabila terfikir saat2 nak ambil ujian.paling cuak sewaktu test naik bukit..takut sangat tak sampai garis yg ditetapkan..Alhamdulilah..sesungguhnya Allah tu maha agung dan maha mendengar rintihan hambanya..dengan berbekalkan basmalah dan kecekalan aku menekan pedal minyak dengan berhati-hati utk smpi dlm garis yg ditetapkan...mujur enjin tak mati..kalau tak malu juga,sbb tu ujian yg pertama sekali..haha.apa2 pun aku tetap masih cuak sebabnya ada ujian motor pula15/3 nie..tapi sekurang-kurangnya tak lah aku mengigau tekan minyak kereta lagi..

sekarang aku berdebar menanti keputusan SPM pula yg khabarnya bakal diumumkan pada 11/3 ataupun 16/3 ni..perasaan ni benar-benar merimaskan aku, tapi yg peliknya selera makan tak mati pula tapi bertambah pula..pelik betul la..
konklusi,
sebenarnya apa yg menyebabkan seseorg itu berdebar dan cemas?? pada pengamatanku seseorg akn cemas dan berdebar hanya bila perkara itu benar2 penting buat diri mereka, tidak kiralah hal ini melibatkan maruah,ego,kewangan ataupun keselamatan..masing2  mempunyai sebab dan alasan mereka tersendiri. hanya org yg tidak waras saje yg tidak akn rasa cemas, kerna sebahagian fungsi otak mereka tidak dapat menganalisi perasan tersebut..cemas dan berdebar sebenarnya elok, teringat bekas mak homeroom aku,puan Shalina berkata, perasaan berdebar akan mendorong seseorg melakukan perkejaan mereka lebih baik daripada yg sediaada.. tetapi tekanan yg melampau boleh merosakkan kewarasan seseorg!

1 comment: